Gita Gutawa
Gita Gutawa

Gita Gutawa

Aluna Sagita Gutawa atau lebih dikenali sebagai Gita Gutawa (lahir 11 Ogos 1993 di Jakarta, Indonesia) merupakan seorang penyanyi wanita Indonesia dan anak perempuan kepada komposer muzik terkenal Indonesia, Erwin Gutawa dan isteri Lutfi Adriani. Mempunyai seorang adik yang bernama Aura Aria (Rara) dan memiliki suara soprano.Biarpun beliau pada asalnya belajar bermain piano, beliau beralih ke bidang nyanyian. Bakat beliau dikesan pada 2004 sewaktu melakukan latihan vokal, kemudian berduet dengan ADA Band. Selepas Heaven of Love (2005), menampilkan duet, terjual sebanyak 800, 000 salinan, Gita telah didekati oleh Sony Music Indonesia dan menawarkannya peluang untuk merakamkan album. Kejayaan album solo pertama beliau yang menggunakan namanya sebagai judul album membawanya kepada tawaran berlakon dan kerja pemasaran. Sejak kemunculan sulungnya, beliau telah merakamkan dua album, Harmoni Cinta yang mendapat sambutan pada 2009 dan Balada Shalawat yang berkonsepkan keislaman pada 2010. Sebagai pelakon, beliau telah berlakon dua sinetron Indonesia, Ajari Aku Cinta dan Ajari Lagi Aku Cinta. Beliau meminjamkan suaranya untuk animasi Meraih Mimpi dan membintangi filem pertamanya, Love in Perth pada 2010.Berperwatakan dan memiliki aura personaliti yang menarik, Dian Kuswadini dari The Jakarta Post telah menyifatkan Gita ibarat "manis seperti gula-gula kapas dan hangat umpama ciuman"; [1] bagaimanapun Gita menyatakan terdapat orang untuk mempercayai bahawa beliau berjaya melalui nepotisme. Beliau menerima pelbagai anugerah termasuk Anugerah Musik Indonesia 2008 bagi kategori Pendatang Baru Terbaik, beliau juga memenangi Festival Lagu Kanak-Kanak Antarabangsa Nil ke-6 di Kaherah, Mesir.

Rujukan

WikiPedia: Gita Gutawa http://hot.detik.com/music/read/2007/03/08/195142/... http://www.gita-gutawa.com/ http://www.imdb.com/name/nm3601601/ http://musik.kapanlagi.com/berita/heaven-of-love-a... http://selebriti.kapanlagi.com/indonesia/g/gita_gu... http://selebriti.kapanlagi.com/indonesia/g/gita_gu... http://www.kapanlagi.com/h/harmoni-cinta-album-emp... http://www.kapanlagi.com/showbiz/selebriti/gita-gu... http://entertainment.kompas.com/read/2010/08/14/11... http://entertainment.kompas.com/read/2012/01/06/14...